Friday, October 13, 2006

Perniagaan Mymode Menjanjikan Pulangan Lumayan Dengan Konsep MLM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hampir 2 minggu saya tak update blog ini. Sepatutnya posting ni dihantar semalam tapi ada maslah teknik sket jadi terlewat sehari. Macam biasa, semalam ialah hari Khamis, dan bagi ahli Mymode boleh la anggap hari ni sebagai “hari gaji” sebab dapat bonus. Alhamdulillah, bonus minggu ini semakin meningkat berbanding minggu lepas.

Sebenarnya saya tak sangka saya akan perolehi pendapatan sebegini dari Mymode. Jika anda ikuti perkembangan saya, ini merupakan bonus ke-11 saya terima dari Mymode. Ini bermakna dah hampir 3 bulan saya dengan Mymode dan keseluruhan bonus berjumlah RM401.89. Tak banyak sangat kan? Tapi bagi saya ia satu pencapaian yang sangat menggembirakan.

Harap anda tak salah anggap apa yang saya tulis ni sebagai menunjuk-nunjuk. Ini sebenarnya kerana saya ingin membuktikan bahawa perniagaan Mymode ni memang menguntungkan jika dijalankan dengan betul dan bersungguh.

Bagi saya, bila kita membuat satu pekerjaan, kita perlu ada target. Dan bagi perniagaan Mymode, saya telah buat target bahawa saya perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 2 orang ahli baru didalam kumpulan saya setiap minggu.Dan alhamdulillah sehingga kini target saya ini berjaya dilaksanakan.

Mungkin ada yang rasa leceh nak menaja. Tapi bagi saya, dalam apa jua perniagaan berbentuk MLM, penajaan adalah satu-satunya cara untuk membolehkan kita mengembangkan kumpulan kita dan ia hanya boleh dilakukan bila kita melakukan promosi yang berterusan tanpa jemu.

Saya sendiri secara jujurnya memang tumpukan kepada promosi secara online samaada berbayar atau percuma kerana hanya dengan melakukan promosi sahaja saya akan dapat mengumpulkan prospek yang mencukupi untuk mencapai target saya.

Bagi saya, konsep perniagaan MLM ni memang menguntungkan sebab;
1) Ianya merupakan Perniagaan dari rumah yang berisiko rendah.

2) Tiada had jumlah pendapatan yang boleh diraih malah kadangkala tak terbayang begitu banyaknya pendapatan yang boleh direbut.

3) Peluang mencapai kebebasan MASA dan WANG pada waktu yang sama.

4) Kurangnya tekanan atau stress berbanding sektor korporat mahupun kerajaan

5) Pelan 4 Tahun – Mengikut kajian, pada umur 25 tahun, kebanyakan orang sudah mula bekerja. Walau bagaimanapun, 40 tahun kemudian, dalam 100 orang, 5 masih bekerja, 36 sudah meninggal dunia, 54 orang hidup ‘cukup makan’, 4 hidup senang dan cuma seorang (1) yang kaya. Bekerja bersungguh–sungguh dalam syarikat MLM selama 4 tahun, cipta pendapatan berasaskan jualan barangan atau perkhidmatan secara berkumpulan, kita akan menerima imbuhan berterusan seumur hidup.

Jadi, anda tentukan sendiri pilihan anda. Memang banyak syarikat MLM yang ada di Malaysia dan saya memilih untuk bersama Mymode kerana produk dan pelan pemasarannya selain sokongan dan bantuan dari pihak Prepaid4u.

Akhir kata, anda sendiri yang akan tentukan masa depan anda.

Salam sukses!

-Asmawati-

SMS/Call: 012-9273808
Email: watimanap@yahoo.com
YM: watimanap

======================================
Klik di sini untuk Daftar PERCUMA bersama
Prepaid4u-Mymode dan saya akan hubungi anda
======================================

0 comments: